Thursday 12 February 2015

1st day - Trip ke Langkawi : Amzar Motel (4H, 3M)

Assalamualaikum,
(waalaikumussalam).


Hari ni baru sempat menaip. Sibuk sangat lately ni. Cewahh. Ini sambungan kepada entry 1st day - Trip ke Langkawi : Kereta sewa - Mitsubishi Mirage.

Lepas kitorang ambil kereta sewa tu, kitorang pun pergi mencari motel yang kitorang dah book seminggu sebelum. Oh lupa nak cakap, pasal booking kereta, motel and tiket flight semua aku settlekan. In serahkan kat aku. Dia cuma bagi duit je. Senang kan hidup kau In. Macam company punya sleeping partner dah. Hulur duit and aku settlekan. Haha. Tapi takpe, sebab kau yang bayarkan semua deposit. Tak kisah pun. hehe.

Ramai yang suggest area Cenang sebab dia best and meriah sikit.Aku pilih untuk menginap di area Pantai Cenang. Nak tengoklah kan,apa yang best. Sebelum aku decide untuk pilih chalet, of course aku google dulu pengalaman mereka-mereka yang dah pergi ke Langkawi. Sebagai rujukanlah kan.  Aku tak ingat dekat blog mana, tapi mostly tulis Amzar Motel paling murah. So, disebabkan kitorang bercuti berdua je and nak cuti bajet, so kitorang decide untuk pilih Amzar. Bulan 11 tahun lepas aku call En. Amzar and tanya pasal chalet yang RM45, dia kata dia tak ambil booking kecuali walk in untuk yang chalet tu lah. Yang bilik lain kena booking. Tapi takpelah, dia suruh aku call seminggu dua sebelum datang. So, tak book lah kiranya.

Seminggu sebelum date flight ni, aku ada jugak usha-usha chalet lain. Manalah tau kannn, ada yang best lagi ke kan. Pastu sajalah tanya chalet ni, chalet tu, semua dah fully booked! Sebab date kitorang nak menginap tu jatuh pada Hari Wilayah. So warga KL mesti yang ramai pergi Langkawi kan kan kannnn. Aku macam takutlah pulak kan, takut-takut Amzar Motel pun penuh, yelah sebab takde booking apa-apa. So aku call balik and book bilik yang RM 75, siap request nak bilik yang ada 2 katil single. Hahahaha. Alhamdulillah, dah book semua, jadi selamat mak, nyah. Macam biasa, booking kena bayar deposit ye.

Amzar Motel ni bukan sea view tau. Bukan menghadap laut, tapi dia road side. Kalau korang nak pergi mandi ke, jalan-jalan ke, main jetski ke kat Pantai Cenang, kena melintas jalan dulu. Alah, dua minit sampailah kat pantai. Bukanlah jalan besar pun. Kalau korang nak menginap dekat motel/chalet yang menghadap laut, korang bolehlah search AB Motel, Malibest, Sandy Beach and macam-macam lagilah. Tapi agak mahal sikitlah berbanding dengan yang roadside. Tapi takde masalah pun bagi kitorang. Janji ada bilik walaupun biasa-biasa sebab datang Langkawi mestilah nak jalan kan,bukan terperuk dalam bilik.


Ok, jom layan gambar;

ni yang RM 45 tak silap aku.

ni bilik kitorang. request mintak 2 single bed


ada tv. tv3 paling clear.


aku tangkap gambar ni dari pintu masuk tau. so, masuk2 je pintu bilik air belah kanan tu.


shower





almari tanpa pintu. hehe. adalah hanger dalam 2,3 camtu


ni yang aku cakap tadi. amzar motel kat belah kereta hitam ni, so kena seberang jalan untuk ke pantai. alah,dekat jelah. pantai belakang chalet/motel seaview tu.


Kesimpulannya kitorang takde masalah pun menginap di Amzar Motel untuk 4H,3M. Cuma adalah masalah water pressure sikit. Tapi takdelah kitorang pulak pressure. Haha. Ada sekali petang tu kitorang nak mandi, tapi air paip keluar tak keluar je. Tersekat-sekat. Termuntah-muntah. Macam malu-malu. Cehh. Kitorang pun bukak jelah air paip tu,bagi penuh baldi. Lepas dah mandi, aku keluar pergi iron baju. Iron disediakan dekat luar bilik tau. Sebelah water cooler. Sharing is caring ok. Haha. Lepas tu adalah mamat foreigner tanya aku, bilik ada air ke tak. Aku cakaplah ada tapi tak berapa nak adalah. Sekali tu jelah masalah kitorang. Hari-hari lain ok je.

So far, ok lah. Puas hati sebab murah. Hehe. Maklumlah, cuti bajet.

Ok lah, setakat tu je untuk harini. Ok baiiii. Sambung nanti ye.



1 comment: